Pelik-pelik je tabiat pelakon cantik dan seksi dari negara seberang, Anya Geraldine ni dimana usianya sudah 24 tahun namun masih lagi menyusu dari dalam botol.
Perkara itu dikongsi di laman Instagram miliknya selepas disoal peminat tips untuk hidup sihat. Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan hobi pelakon ini.
Menurutnya, dia gagal mengikis tabiat itu meskipun pernah dihalang ibu bapanya selain semua botol susu miliknya di rumah habis dibuang.
“Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej.
“Selepas tinggal sendirian, saya teruskan tabiat itu, tapi kalau ibu bapa datang sini, pasti dibuang lagi. Jadi saya kena beli selalu. Tak tahu kenapa, padahal umur sudah 24 tahun,” katanya.
Sekali gus, perkongsiannya itu membuatkan ramai pengikutnya di Twitter terhibur. Tidak ketinggalan, rata-rata peminat turut mengusik tabiat peliknya itu.