fbpx

Korang tahu tak baru-baru ni, ada satu kisah viral melibatkan seorang atuk yang katanya berusia 103 tahun telah menikah dengan wanita berusia 30 tahun. Wow atuk usia lebih 100 tahun tu!

Atuk duda kematian isteri

Menurut laporan, Muhammade, atuk yang berusia 103 tahun ni berasal dari Sulawesi Selatan dan telah menikahi pasangannya, Ido Ajeng yang berusia 30 tahun. Beza umur 73 tahun tu!

Difahamkan Muhammade ni adalah duda kematian isteri yang telah meninggal sejak 8 tahun lalu. Manakala Ido pulak seorang anak dara.

Kalo jodoh gak kemana?! Seorang kakek berusia 103 tahun menikahi gadis pujaannya yang berusia 30 tahun. Hal ini pun menjadi viral di media sosial. #LintasInewsSiang RCTIplus

Posted by MNCTV on Jumaat, 28 Februari 2020

Muhammade ni juga katanya bukan calang-calang orang tua, dia juga bekas pejuang kemerdekaan di era penjajahan Indonesia. Pun begitu pertemuan Muhammade dan Ido ni tak adalah romantik macam dalam filem atau sinetron.

Menurut jiran Muhammade, atuk ini dah mengenali pasangannya lama dan disebabkan itulah keluarga mereka merancang untuk mereka berdua berkahwin.

Pengantin perempuan nampak sedih je?

Katanya Muhammade telah memberikan mahar sebanyak 5 juta rupiah (RM1,459) dan sebentuk cincin emas.

Tapi kan, korang perasan tak muka pengantin perempuan ni? Nampak macam tak happy pulak di hari pernikahan tersebut. Kenapa ye?

[fbcomments]