fbpx

Nampaknya rancangan dokumentari Majalah 3 yang bersiaran pada Isnin lalu telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga menjadi topik bualan di media sosial.

Semuanya bermula apabila rakyat Malaysia berasa sebak menonton kisah sebuah keluarga yang diduga dengan ujian daripada Tuhan. Dimana seorang peniaga kuih dikenali sebagai Kak Jah terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga selepas suaminya, terlibat kemalangan.

Bersedekah, minta doa supaya suami sembuh

Kak Jah tidak menafikan, selepas PKP dilaksanakan perniagaan kuih agak merosot. Namun, apa yang dipuji adalah sifat Kak Jah yang tidak berkira.

Meskipun hidupnya juga tidak berapa senang, tetapi Kak Jah adalah seorang insan yang tidak lokek dalam memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan imbuhan, sebaliknya hanya doa buat kesihatan suaminya yang tercinta.

Suami dilanggar pemandu mabuk

Difahamkan, suaminya terlibat dalam kemalangan pada 19 Oktober 2019, apabila dia dilanggar oleh pemandu mabuk ketika sedang memeriksa tayar kereta, sehingga mengakibatkannya hilang kemampuan untuk bergerak.

Mempunyai dua orang anak

Dua orang anak lelaki Kak Jah bertanggungjawab menjaga ayah mereka ketika ibu pergi berniaga. Namun, apa yang memilukan, semasa ditemu bual wartawan, anak yang sulung tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan mengenai ayah mereka.

“Nak minta ayah sembuh, sebab abah adalah satu-satunya ayah..kalau solat minta doa dekat Tuhan, nak tengok ayah sembuh, nak makan dengan ayah nak keluar dengan ayah…”

Lebih sayu lagi apabila si ayah turut menangis ketika mendengar rintihan anak.

[fbcomments]