Macam tak percaya lihat foto ni! Pendakwah terkenal negara yang juga selebriti TV, Ustaz Hanafi Malek yang sebelum ini sering beraksi di kaca televisyen menyampaikan kuliah-kuliah agama menerusi siaran Tanyalah Ustaz kini dah jadi rider Grab Food?
Di dalam posting terbarunya dia memuat naik sebuah status seperti berikut…
Janji Halal.. Bismillah.. Ayah tak kisah susah.. janji anak anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakkal.
Untuk pengetahuan, Ustaz Hanafi ni menghidap kanser beberapa tahun lalu. Perjalanan beliau dalam dunia dakwah sedikit terkesan, lebih-lebih perlu menjalani rawatan kimoterapi hingga menyebabkan fizikalnya berubah.
Apapun, mari kita sama-sama doakan agar hero kita ni yang juga ‘cancer fighter’ yang telah banyak memberi motivasi kepada pesakit kanser di negara ini tetap cekal menghadapi hari muka dan semoga Allah memberkati segala usahanya.