Menjaga anak yang istimewa sifatnya adalah sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Itulah yang harus dihadapi oleh seorang pelakon popular iaitu Zarina Zainuddin yang terpaksa melayan karenah anak-anaknya yang austisme, Azal dan Azil itu.

@zarinazainuddinzz

Saya buat keputusan bawak Azal ke Singapura berniaga disini lebih aman dia tak boleh dengar abang azil dia mengamuk .. Azil mengamuk sampai serang abah dia .. bila azal dengar Azal jadi marah .. #azalazil #autism #autismawareness

♬ original sound – Pulut Kuning Zarina Zainuddin – Pulut Kuning Zarina Zainuddin

Azil Selalu Mengamuk Tak Tentu Pasal, Azal Stress Sampai Lari Rumah

Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh Zarina di laman TikToknya, ia dilihat kelakuan Azil yang mengamuk sambil menggigit seorang wanita telah membuat adiknya iaitu Azal sudah hilang sabar atas sebab tidak tahan dengan keamukan Azil di rumah.

“Azal cuba mengawal emosi, sebab itu saya terpaksa bawa Azal pergi berniaga. Azal stress terus dekat rumah kerana abang Azil selalu buat Azal hilang sabar”, jelas Zarina yang terpaksa membawa anaknya Azal ikut bekerja untuk mengelakkan gangguan emosi berterusan.

Netizen Kagum Cara Zarina Urus Anak Kembar Austismenya

Video tersebut telah meraih sebanyak 7.9juta tontonan bersama 268.6ribu likes di laman TikTok. Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ruangan yang disediakan amat kagum dengan sifatnya yang dikatakan sebagai seorang ibu yang kuat.

Kredit: TikTok Pulut Kuning Zarina Zainuddin

[fbcomments]