Anda ingin membuat bantuan persekolahan anak-anak anda tahun 2020? Berita baik buat anda yang berkelayakan dimana yaPEIM kini menyediakan bantuan pendidikan kepada 40 ribu pelajar di bawah golongan berpendapatan rendah (B40) dengan kadar maksimum RM500 untuk satu keluarga.
Bagi anda yang mempunyai anak-anak sedang mengikuti pengajian di peringkat sekolah mahupun IPT boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang di laman web rasmi YAPEIM atau terus ke pejabat YAPEIM.
Permohonan akan dibuka secara berfasa selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana. Fasa Pertama untuk Bantuan Pendidikan Sekolah akan ditutup pada 31 Januari 2020.
Syarat kelayakan
Antara syarat-syarat kelayakan Dana Inspirasi Malaysia yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut :
i. Permohonan mesti atas nama ibu bapa/penjaga.
ii. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
iii. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.
iv. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara bagi Kategori B40.
Peringkat Pengajian
Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sijil, Diploma dan Sijil
Kadar Bantuan
Pelajar Sekolah – Sehingga RM500
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi – Sehingga RM1,000
Dapatkan borang permohonan
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah atau terus ke laman web rasmi YAPEIM http://inspirasiku.yapeim.my/
Borang 1: Bantuan Persekolahan
(http://yapeim.net.my/wp-content/uploads/BORANG-BANTUAN-PENDIDIKAN-SEKOLAH.pdf)
Borang 2: Bantuan IPT (http://yapeim.net.my/wp-content/uploads/BORANG-BANTUAN-PENDIDIKAN-IPT.pdf)
Borang 3: Senarai Semak Dokumen Sokongan Permohonan (Klik Sini)
Dokumen yang diperlukan
Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya iaitu :
i. Satu salinan kad pengenalan pemohon
ii. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
iii. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
iv. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
v. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
vi. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
vii. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
viii. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
x. Nombor akaun Bank
Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada Pegawai A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.
Hantarkan borang bersama dokumen lengkap
Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut ;
i. Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM
ii. Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM
iii. Emel ke alamat pembangunankomunitiyapeim@gmail.com
iv. Cawangan Ar Rahnu YAPEIM
v Pejabat YAPEIM Negeri
Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di talian +6(0) 32717 2717 atau email kepada responseyapeim@gmail.com