Berita pemergian seorang jururawat Universiti Putra Malaysia (UPM), Nurrul Ilham Noordin, 29, akibat kemalangan di Lebuhraya SILK selepas motosikalnya melanggar lori yang berhenti di bahu jalan di lebuhraya SILK ketika tinjauan di sekitar Kajang telah mengejutkan rakan-rakan serta kenalan rapatnya.
Mereka yang masih sukar menerima kenyataan ini meluahkan kesedihan kerana baru sahaja bertemu dan berbual bersama sebelum kejadian tragis itu berlaku.
Video di bawah:
https://x.com/mynewshub/status/1891881354297737732?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
https://vt.tiktok.com/ZSM6nBQ5J/
Pemergian Mengejut Jururawat UPM, Rakan Kenang Saat Terakhir Bersama
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna yatiesein7, dia memuat naik momen-momen indah bersama Allahyarham yang juga merupakan rakan sekerjanya di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM. Dalam kapsyen yang ditulis, dia berkongsi pertemuan terakhir mereka yang berlaku pada hujung minggu lalu ketika sama-sama bertugas di hospital.
“Terakhir jumpa Ahad malam. Kau datang wad bawa nasi goreng. Kau nak lepak berborak tapi sebab sibuk, dapat borak gitu-gitu je. Tak sangka tu terakhir jumpa kau…” luahnya dalam hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, perkenalan mereka dirasakan begitu singkat, namun banyak kenangan yang telah mereka cipta bersama. Dia tidak menyangka semua momen itu kini hanya tinggal memori setelah kehilangan insan yang begitu dekat dengannya.
Berita pemergian Nurrul Ilham semakin memeritkan hati ramai selepas rakaman dashcam kemalangan yang meragut nyawanya tular di media sosial. Rakan-rakan serta orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah dan doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
“Terlalu cepat benda berlaku. Susah nak terima. Simpan sini kenangan Ilham bersama akak. Terlalu banyak kenangan kita bersama. Rehatlah Ilham, awak dah terlalu sakit tadi. Semoga awak ditempatkan di syurga firdaus,” tulisnya lagi.
Kredit: TikTok yatiesein7, X mynewshub