Pensyarahm Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang turut menzahirkan ucapan tahniah.

“Alhamdulillah, pada pagi ini selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, saya menerima kunjungan Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 yang baharu dilantik.”

“Enam tahun memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan memberi saya pengalaman baharu yang amat bermakna.”

“Saya mohon maaf kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya sekiranya terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang enam tahun sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu

Anak kepada seorang ulama Terkenal

Dr Luqman berusia 51 tahun dilahirkan di Kelantan dan anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Allahyarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah.

Dr Luqman mendapat bimbingan pendidikan agama menerusi Allahyarham bapanya.

Dan aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum dan seminar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam bidang persoalan wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional.

Beliau pernah menetap selama empat tahun di United Kingdom ketika melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) di Universiti Edinburgh dalam bidang undang-undang harta Islam.

Peringkat profesional, beliau adalah Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Abu Syafiq perli Mufti Wilayah?

Baru sahaja mufti baru dilantik, penceramah bebas Ustaz Abu Syafiq mula memuat naik satu posting seolah-olah memerl1i Dr MAZA dan Dr Luqman dengan memuat naik satu video kedua-dua tokoh tersebut menari dan kelihatan gembira

Berikut tulisan Abu Syafiq di IG milik beliau:

[fbcomments]