fbpx

Setiap insan pasti mempunyai masa silam dan pastinya mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk mendekatkan diri pada Nya. Begitu juga dengan Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza.

Ini bukan Lathi Challange, ini Barzakh Challange!

Menerusi perkongsian daripada Norman Hakim di akaun Instagramnya, dia telah memuat naik gambar yang agak mengejutkan dimana gambar dia sedang bertutup litup oleh kain kafan yang dipakaikan dengan sempurna.

Difahamkan, tujuan Norman ‘berpakaian’ sebegitu adalah untuk mencetuskan rasa insaf dalam dirinya sendiri agar lebih dekat kepada Ilahi.

View this post on Instagram

Ini bukan #LathiChallenge . Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka,semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni.Kalau saja nak ‘try & feel’ #BarzakhChallenge ni,in shaa Allah senang je.Saya dah try,ma shaa Allah mmg menginsafkan terutama orang yg banyak dosa mcm saya ni . . Btw barang2 yg diperlukan utk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange .Yang bestnya boleh simpan terus.Andai diperlukan bila betul2 ‘sampai masa’ nanti,benda dah ada.Memudahkan sikit urusan orang2 yang hidup disekeliling utk uruskan kita.Just bagitau je isteri,anak2 atau waris kat mana kita simpan . . So ni la dia barang2 persiapan untuk #BarzakhChallenge ; . 1. Cari & potong kain putih,ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing2 dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki . 2. Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan . 3. Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban . 4. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit) . 5.Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali . 6.Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’,sediakan kapur barus secukup rasa aroma & baunya . . Senang sikitkan dari #LathiChallenge ? Lepas dah mintak tolong orang pakaikan,bukak apps Surah Yaasin,pastu pejam je mata diam2 & ‘feel’ the moment dari mula2 kita lahir sampai la kita berbaring ni.Simple je,tak payah nak menari2 bagai pastu buat muka menakutkan.Yang atas ni pun,takyah buat muka.Saya tengok balik pun saya dah seram😅 . . Saja nak share,pada 19 Disember 1111 Hijrah,periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali,Allah tarik nyawa dengan cara mcm ni☝🏻Dia kafankan diri dia sendiri,posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sbb dia dah tahu saat ajal dia nak tiba . . Last but not least,salah satu tanda kasih sayang Allah s.w.t pada kita; kita masih mampu ucap kalimah ALLAH dan LA’ILAHA’ILLALLAH walau dalam keadaan mulut ternganga pada saat Sakratul Maut.Tak percaya?Cer cuba.. . . Sekadar peringatan buat diri sendiri & renungan kita bersama🤘🏻

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Semoga perkongsian daripada Norman Hakim ini akan menginsafkan diri kita semua dari terus lalai dengan duniawi.

[fbcomments]