Seramai 44 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbakar di Persiaran Tol Universiti Putra Malaysia pada awal pagi Ahad.
Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, bas tersebut dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Seramai 44 orang penumpang dan seorang pemandu berjaya menyelamatkan diri.”
“Kebakaran itu juga menyebakan kerosakan sebanyak sepuluh peratus terhadap pondok tol di situ.”
Tiada mangsa cedera dilaporkan.
Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), lorong keluar Plaza Tol UPM telah ditutup sementara pada pagi ini. Namun, kemaskini di Facebook rasmi PLUS menyatakan lorong tersebut telah dibuka semula.
“Lorong keluar di Plaza Tol UPM telah dibuka. Pandu berhati-hati,” katanya.
Sumber: The Star