fbpx

Semalam tular satu berita tentang seorang bayi yang berusia setahun 7 bulan ditemui lemas selepas bapanya terlepas dari pegangan ketika sedang menaiki kayak, yang dipercayai berlaku di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling.

Bayi Dihanyutkan Air Sehingga Ke Kampung Sungai Limau

Menurut sumber Harian Metro, bayi lelaki yang lemas terbabit dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq. Difahamkan, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan bahawa bapa kepada bayi yang berusia 30 tahun itu dipercayai tergelincir sebelum bayi yang dipegang itu terlepas daripada pegangannya dalam kejadian 11.50 pagi semalam.

“Bayi berkenaan kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau. Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian”, jelasnya.

Bapa Laungkan Azan

Berdasarkan perkongsian video yang dimuat naik oleh Kosmo! di laman Instagram, ia didapati bahawa bapa mangsa melaungkan azan sebagai sebagai satu cara dan ikhtiar untuk menemui bayinya yang lemas itu. Beliau yang melaungkan azan dalam keadaan sebak akhirnya berjaya menemui mayat bayinya kira-kira 10 minit selepas azan dilaungkan.

Laporan lanjut, mayat Adryan Mikhael telah ditemui sekitar jam 12.45 tengah hari semalam dengan bantuan penduduk setempat. Jenazah telah dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro, Instagram Kosmo!

[fbcomments]