Dikala kita sedang seronok menikmati percutian yang panjang bersama keluarga dan kawan-kawan, hidangan serta tempat tinggal mewah, pernah tak sedetik kita terfikir nasib saudara kita di Syria? Pernah tak korang mengambil tahu bagaimana keadaan mereka di sana??
Untuk pengetahuan, ini lah gambar terkini keadaan di Kem Pelarian Syria di sempadan Lubnan-Syria.
Ikuti perkongsian oleh Dr Taufiq Razif :
Musim sejuk mencecah suhu -3
Syria kini sedang dilanda musim sejuk. Menurut sumber, kawasan yang menempatkan lebih daripada 70,000 orang pelarian Syria kini telah bertukar ‘putih’ susulan hujan salji lebat melanda kawasan itu.
Cuaca dengan suhu -3 darjah celcius itu mengakibatkan semua khemah di kem berkenaan diselaputi salji tebal dan kebanyakan pelarian terpaksa berkurung di dalam rumah.
Tiada stokin dan baju sejuk
Saya sayu sebab saya sendiri dah sampai ke kem ni dan ramai anak anak kat dalam kem ni tak ada stokin dan tak ada baju sejuk pun untuk panaskan badan dan kaki mereka!
Rumah dari plastik dan guni
Allah. Macam mana mereka nak hadapi musim sejuk ni. Rumah mereka pun daripada plastik dan guni je. Makin sejuk adalah kat dalam rumah sebab rumahnya macam perangkap suhu.
Saya boleh kata, rumah mereka sekarang lebih sejuk daripada peti ais di dalam rumah kita. Suhu di sana sekarang – 6°c dan di dalam khemah khemah yang anda tengok sekarang penuh dengan anak anak yang tengah peluk mak dan ayah dia untuk memanaskan badan.
Sebarkan kepada dunia
Tolong tunjuk gambar dan cerita ni pada keluarga masing masing. Mereka semua perlu tahu keadaan sebenar di kem pelarian Syria.
Kalau tidak mampu untuk hulur bantuan pun tak apa, asalkan semua orang tahu apa yang anak anak Syria sedang rasakan sekarang.
Saya buka sarung tangan untuk merasai apa yang anak anak Syria ni rasai. Saya hanya mampu bertahan 20 minit sahaja tanpa sarung tangan di kem sana. Selepas 20 minit, jari jemari saya mulai kebas