Wabak COVID-19 bukan sahaja menguji penduduk dunia dengan masalah kesihatan, malah turut terpalit dengan masalah serta kemerosotan ekonomi sehinga ada yang terpaksa dibuang kerja.
Turut dilaporkan juga lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara bakal hilang pekerjaan dan lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji serta lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.
Menydiakan 1,000 peluang pekerjaan
Terkini dikatakan, para peniaga para peniaga di Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya telah mengatakan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk diisi khusus oleh rakyat Malaysia.
Lebih menarik lagi, bayaran gaji dikenakan secara purata sekitar RM2,000 sebulan serta turut diberikan faedah seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kekosongan ini dibuka setelah kebanyakan pekerja warga asing ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen. Oleh itu, mereka mengambil peluang dan membuka ruang buat warga tempatan dan juga bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.