Pelakon muda, Bella Astilah tidak pernah menolak untuk menerima semula bekas suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz.
Bella berkata, dia terima dengan hati yang terbuka sekiranya itu adalah jalan terbaik untuk anak mereka Mohamad Ayden Adrean.
Yang terbaik buat Ayden
“Kalau itu yang paling terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula meskipun orang akan bercakap macam-macam.”
Bella turut akui yang dia sendiri pun tidak pernah sesekali bekas suaminya itu.
“Hubungan kami baik-baik saja. Saya sendiri tak pernah membenci Aliff. Mengenai hal hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan.”
Bella juga kerap membawa Ayden untuk bertemu bapanya di Singapura.
“Dalam sebulan, ada beberapa kali saya akan ke Singapura dan setiap kali itu juga saya akan mencuri waktu untuk membawa Ayden bertemu dengan Aliff.”
Aliff jadi lebih baik
Malah turut Bella lagi, dia percaya perpisahan yang terjadi antara dia dan Alif banyak mengubah Aliff menjadi lebih baik.
“Saya memang seorang yang susah nak dekat dengan lelaki lain. Saya percaya, perpisahan itu mengajar dan mematangkannya. Saya percaya apa yang berlaku, banyak mengubah dia.“
Tambahnya lagi, buat masa sekarang dia tak nak letak harapan terlalu tinggi pada.
“Saya tak mahu meletakkan harapan 100%. Sekarang, saya cuma ‘go with the flow’.”
Tapi apa yang kita nampak…
Tapi apa yang terjadi baru-baru ini? Hmmm korang tengok lah sendiri
Aliff kena buatan
“Di sana, Aliff sejujurnya sedang sakit. Keluarganya tengah berusaha mencari jalan untuk mengubatinya. Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan.”
Ditanya mengenai sakit yang dihadapi Aliff, Bella memberitahu bahawa bekas suaminya itu berdepan dengan perkara mistik.
“Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila.
Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan.
Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya.”