Pernah memuat naik gambar bersama bekas suami dan meluangkan masa bersama, sehingga hari ini status hubungan penyanyi Bella Astillah bersama bekas suaminya Aliff Aziz masih menjadi tanda tanya netizen.

Terbaru, menerusi satu temu bual bersama radio Suria FM, Bella seolah-olah memberi bayangan mereka sudah rujuk semula. Sharifah Shahirah dan Tyzo bertanyakan kepada Bella tentang khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.

Sudah lama berbaik

Bagaimanapun, Bella hanya mendiamkan diri, namun kedua-dua penyampai radio itu meluahkan rasa syukur seolah pasangan itu sudah kembali rujuk sebagai suami dan isteri.

Bella sendiri mengakui bahawa dia dan Aliff sudah lama berbaik tetapi enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara itu kerana ingin menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.

“Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus.”

Kini berbadan dua

Dalam pada itu, kedua penyampai radio itu turut mengajukan soalan mengenai spekulasi mengatakan Bella diri sedang berbadan dua. Bella hanya meluahkan rasa syukur dan meminta agar mendoakan yang baik-baik sahaja.

Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?” seloroh Tyzo.

Alhamdulillah. Doakan Bella,” katanya.

[fbcomments]