Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
(Surah an-Nisa, ayat 34)


Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita.

Islam turut mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Suami juga perlu menjaga kebajikan ahli keluarganya.

Minta izin isteri menikah lagi

Namun apa yang terjadi baru-baru ini sungguh menyedihkan di mana seorang ketua keluarga dari Kampung Tempuran, Kecamatan Trimurjo, Lampung Tengah, Indonesia telah menetak kaki isterinya.


Menerusi laporan Tribunnews, suspek yang dikenali dengan nama Dedi Ompong mengakui dia ingin menikah satu lagi tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menceraikan isterinya itu.

Mangsa menuntut cerai

Difahamkan, selain tidak mengizinkan suaminya berpoligami, mangsa juga ada menuntut cerai daripada suspek dan kerana terlalu berang, Dedi yang berusia 41 tahun itu bertindak agresif dengan menetak kaki isterinya menggunakan golok.

Mangsa yang juga merupakan ibu kepada 2 anak ini telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Menurut pegawai polis Kurmen Rubianto, pihak mereka telah menerima laporan daripada ahli keluarga mengenai insiden ngeri yang berlaku.

[fbcomments]