Industri seni tanah air tiba-tiba panas apabila usahawan kosmetik membuat live di Facebooknya ketika berkunjung ke rumah balu Abam bagi memberikan sumbangan.
Soalan-soalan dan jawapan yang diberikan bukan sahaja ditonton warganet malah membuatkan pelbagai persepsi negatif kepada kedua-dua pihak setelah pemergian allahyarham Abam.
Netizen keliru & mahu jawapan
Susulan daripada itu, sesetengah netizen telah cuba mencari solusi dengan bertanyakan secara umum berkaitan kekeliruan yang melanda kepada Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri menerusi Twitter.
Yakin keluarga boleh uruskan
Dr. Zulkifli menjawab dengan meletakkan keyakinan kepada keluarga allahyarham untuk mengusahakan apa yang terbaik.
Tambahnya lagi, agak kurang manis jika ada mana-mana pihak yang cuba masuk campur dan mensensasikan situasi tersebut.
Bawa berbincang
Mufti Wilayah juga sempat menasihatkan agar kedua-dua belah pihak berbincang dengan penuh sifat kekeluargaan dan kasih sayang agar silaturrahim tidak terputus.