Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pasukan polis dan tentera diberi tanggungjawab bagi melakukan kawalan serta rondaan di jalan raya.
Walaupun sesibuk manapun unit ini memantau pergerakan orang ramai, ianya bukan alasan untuk meninggalkan perintah sebagai hambaNya.
Sebaik sahaja waktu azan berkumandang, mereka pasti akan bersiap sedia mengambil wuduk sebelum mengerjakan solat di tepi jalan secara bergilir-gilir dengan rakan setugas lain, Terbaik!