fbpx

Pelakon dan model Alicia Amin kesal dengan sikap segelintir pengguna media sosial yang melabelkan makanan yang dijualnya tidak halal.

Malah, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap produk rendang Alicia hingga ada yang mendakwa wang jualannya bakal digunakan untuk mencacah tatu.

“Adakah anda mengikut SOP halal? Sekadar nak pastikan sebelum membeli dari kamu,” soal salah seorang pengguna.

“Dia pun macam tak halal. Pasti tak halal rendang budak kafir ni,” sahut pengguna lain.

“Tak halal, jangan sokong dia nanti duit dia dapat buat tatu. Kita pun kira dosa. Kalau boleh jangan beli,” tambah pengguna lain pula.

Bagaimanapun, Alicia tampil menjawab segala dakwaan terbabit.

“Jadi jika ada seseorang bukan Muslim atau tak nampak Muslim menjual makanan, ia akan jadi tidak halal? Mana mereka belajar ni? Saya tak tahu pula rendang daging akan jadi tidak halal. Tak nak beli tak apa, tapi bodoh tu tolong simpan,” kata Alicia.

Alicia sebelum ini mendapat kecaman netizen apabila didakwa menyediakan juadah tradisional itu dengan cara yang tidak mengikut piawaian kebersihan.

Alicia kemudiannya tampil menjawab dakwaan terbabit dan memberitahu dia telah mengambil suntikan typholid dan mengikut langkah-langkah kebersihan dalam penyediaan juadah tersebut.

“Okay kepada yang tak faham, the point of tweet is nak tanya halal ke haram tak payah mulut puaka sangat. Boleh je tanya baik-baik. Dan ya, saya sudah menjelaskan isu terbabit.

“Kenapa ramai yang fikir saya berkemban atau pakai tuala? Itu dress.”

[fbcomments]