Nampaknya program Meletop sering mengundang Elly Mazlein sebagai hos jemputan bersama Nabil Ahmad. Karakter Elly atau Kak Lina Pom Pom yang kelakar dan menghiburkan telah membuatkan ramai penonton terhibur dengan kerenah lucunya bersama Nabil dalam program tersebut.

Baru nak nyanyi kasut tercabut

Namun malam tadi, memang klakar habis apabila kasut tinggi yang dipakainya itu tercabut ketika dia sedang cuba menyanyi bersama Azmi caliph Busker.

Sempat catwalk pulak tu

Hal tersebut membuatkannya sedikit terkejut dan terus bertindak profesional dengan meneruskan sahaja nyanyiannya. Perkara itu terlihat menjadi hiburan apabila Kak Lina langsung tidak panik dan berbuat seperti biasa sahaja walaupun dia sendiri hampir jatuh tersadung!

Rata-rata memuji tindakan spontan Elly yang menjadikan sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka menjadi hiburan dan meneruskan program seperti biasa.

[fbcomments]