fbpx

Seorang kanak-kanak perempuan warga China di Langkawi yang sebelum ini positif coronavirus (2019-nCoV), didapati pulih dan bebas sepenuhnya daripada jangkitan.

Kes pertama di Malaysia

Ia adalah kes pertama membabitkan individu disahkan positif coronavirus yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.

Menurut kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun yang dirawat di wad isoloasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.

Coronavirus boleh dirawat

Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat. KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang.”

[fbcomments]