Sejak kebelakangan ni, kecoh mengenai pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat yang teruk dihentam oleh netizen kerana tindakannya memuat naik video sedang memakai bikini di instagram.
Menurut Sajat ketika di tanya oleh wartawan Harian Metro, itu adalah haknya untuk berpakaian seperti itu dan dia cuma ingin menjadi diri sendiri. Menurutnya lagi, dia bukanlah melakukan perkara yang tidak elok tetapi hanya berniat untuk berkongsikan apa yang suka dipakai.
Saya bukan melacur atau menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan hanya menghargai kecantikan yang dimiliki. Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya.
Menjadi diri sendiri
Saya hanya jadi diri sendiri, dan janganlah kerana imej seksi habis lupa kebaikan yang saya pernah buat sebelum ini. Saya tak faham bila pakai macam ni semua nak boikot saya seolah-olah saya buat kesalahan yang sangat besar. Tapi bila saya hulurkan bantuan kepada orang miskin, tiada siapa sokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.