fbpx

Kajian awal dari China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih mudah terdedah kepada COVID-19, berbanding mereka yang berdarah O.

Hasil kajian mendapati, sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang dijangkiti dan meninggal dunia adalah dari kumpulan pesakit darah A.

Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat serangan virus itu.

Kumpulan darah A dinasihatkan tingkatkan daya tahan tubuh

“Pesakit dalam kumpulan darah A dinasihatkan untuk meningkatkan daya tahan tubuh bagi mengurangkan risiko dijangkiti.” – Penyelidik di Pusat Perubatan yang berpangkalan di Wuhan, China. Dipetik dari Berita Harian.

Tiada bukti sahih lebih kukuh

Pasukan yang diketuai Wang Xinghuan, bagaimanapun berkata, kajian itu masih terlalu awal dan lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Kajian yang diterbitkan di Medrxiv.org itu membandingkan lebih 2,173 jenis darah yang disahkan mempunyai kes positif COVID-19, di Wuhan dan Shenzhen dengan 3,694 penduduk yang bebas daripada virus itu di sekitar Wuhan.

Ia menunjukkan lebih 31.16 peratus penduduk Wuhan mempunyai darah jenis A dan kajian di Hospital Wuhan Jinyintan, mendapati 37.75 pesakit COVID-19 di hospital itu mempunyai darah jenis sama.

[fbcomments]