Hari ini sehingga 31 Mac 2020, telah bermulanya Perintah Kawalan Bergerak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Namun malangnya, masih ada segelintir rakyat Malaysia pada hari ini dilihat ingkar dan tidak mengendahkan beberapa arahan yang telah dibuat oleh kerajaan dan perkara seperti ini amat membimbangkan.
Bangga terbang ke Korea, muat naik di Facebook!
Di Twitter, seorang gadis yang dikenali Amira Marlisya berkongsikan kisah, terdapat sepasang suami isteri yang dikatakan masih berdegil melancong ke Korea semalam dengan alasan terlalu teringin menjejakkan kaki ke negara K-pop itu.
Lega sebab flight lepas
Tak salah, tapi sekarang bukan masanya
Mati itu pasti
Berang dikecam oleh orang ramai, si suami dilihat memuat naik status yang menyatakan bahawa kematian sudah tertulis untuk setiap orang dan tidak perlu menyalahkan orang lain atas kematian yang berlaku.
Fuhhh ayat!
Cetus kemarahan
Sudah pastinya, tindakan suami isteri ini menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya saat genting seperti ini. Ramai juga mempersoalkan bagaimana pasangan tersebut boleh dilepaskan untuk pergi ke Korea.