fbpx

20 lagi kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia dan telah menjadikan 673 kes. 95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Malaysia juga telah mencatatkan dua kematian akibat Covid-19 pada hari ini iaitu kes ke-178 dan kes ke-358.

Lelaki berumur 34 tahun

Kes ke-178 merupakan seorang lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU.

Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Lelaki berumur 60 tahun

Kes ke-358 merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun itu mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19.

Beliau merupakan seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching, Sarawak dan disahkan meninggal dunia 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

[fbcomments]