fbpx

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan semua solat di masjid dan surau di negeri tersebut ditangguhkan hingga 17 April 2020 sebagai langkah bagi mencegah jangkitan Covid-19 berkuatkuasa hari ini.

Ini termasuk solat fardu berjemaah dan solat Jumaat yang digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing bagi mengurangkan kesan serta penularan wabak tersebut di Selangor.

Kenyataan rasmi

View this post on Instagram

17 Mac 2020 ~ KENYATAAN AKHBAR D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR . Satu Mesyuarat Khas telah diadakan atas titah D.Y.M.M. Sultan Selangor bersama dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Task Force Menangani Covid-19 Negeri Selangor bagi mendapatkan pandangan berkaitan dengan ancaman wabak tersebut di Negeri Selangor. Berikutan dengan itu saya telah dititah oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor untuk mengeluarkan Kenyataan Rasmi seperti berikut: D.Y.M.M. Sultan Selangor menzahirkan kebimbangan terhadap kesejahteraan 6.5 juta penduduk Negeri Selangor susulan ancaman wabak Covid-19 di seluruh dunia. Justeru itu, bagi mengurangkan impak dan penularan wabak berkenaan, Baginda mahu langkah-langkah berikut diambil dan berkuatkuasa pada 17 Mac 2020: 1. Solat Jumaat di Negeri Selangor adalah ditangguhkan sehingga 17 April 2020. Walau bagaimanapun Solat Jumaat ini wajib digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing. 2. Manakala solat secara berjemaah, aktiviti-aktiviti ceramah dan kuliah agama di semua Masjid, Surau dan Musolla di Negeri Selangor juga hendaklah ditangguhkan sehingga 17 April 2020. Namun demikian, jika sekiranya wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal maka satu arahan baru akan dikeluarkan. 3. Laungan azan hendaklah terus dilaksanakan seperti kelazimannya bagi menandakan masuk waktu solat. 4. Bagi memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata’ala agar penularan wabak Covid-19 ini segera berakhir, maka Qunut Nazilah digalakkan untuk dibaca oleh semua rakyat Negeri Selangor. Ketetapan ini juga selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Negara yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020. D.Y.M.M. Sultan Selangor turut menasihatkan rakyat Negeri Selangor agar tidak hadir dan berkumpul di tempat-tempat awam khususnya jika mereka mempunyai simptom-simptom penyakit Covid-19. Ini bagi mengelakkan penularan virus berbahaya ini kepada lebih ramai rakyat di Negeri ini. . ➡️➡️sambung di ruangan komen…

A post shared by SelangorRoyalOfficial (@selangorroyalofficial) on

Namun baginda menegaskan sekiranya wabak itu dapat dibendung dan di atasi dalam tempoh lebih awal, satu arahan baru akan dikeluarkan.

Tambah Mohamad Bani, baginda tetap membenarkan azan dilaungkan seperti biasa sebagai tanda pengumuman masuk waktu solat selain menggalakkan rakyat membaca Qunut Nazilah.

[fbcomments]