Pelawak yang juga adik kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh bersama keluarga kakak iparnya sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta arwah Abam. 

Berikutan daripada kejadian itu, hubungan kekeluargaan antara kedua-dua belah pihak telah retak dan menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu-sama lain.

Terbaru, Ali Puteh meluahkan rasa rindu ingin melihat wajah anak lelaki arwah abangnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Menurut kenyataan Ali Puteh yang dipetik dari Berita Harian, mereka sekeluarga langsung tidak berkesempatan untuk melihat wajah anak kecil itu memandangkan keluarga kakak iparnya itu telah menyekat mereka sekeluarga di media sosial.

Insya-Allah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya berhasrat bertemu isteri arwah dan keluarganya untuk menjernihkan keadaan. Kami mahu melihat anak buah yang amat dirindui itu. Saya faham, selepas apa yang berlaku, situasi menjadi semakin sukar. Cuma terkilan apabila tidak dapat berjumpa anak saudara. Hendak tengok di media sosial mereka tidak boleh sebab sudah disekat.

[fbcomments]