Seperti yang kita semua tahu, kerajaan negara China kini sedang giat berusaha untuk membina satu hospital dalam masa yang sangat singkat. Hospital ini dibina di daerah Wuhan untuk menempatkan mangsa-mangsa wabak Coronavirus.
Hospital sebesar 25,000 kaki persegi itu bakal menempatkan 1000 katil dan dijangka bakal beroperasi selewat-lewatnya pada bulan Februari.
Selesai dalam masa 48 jam sahaja
Hasil usaha dari pelbagai pihak, akhirnya hospital ini dapat dilengkapkan dalam masa 48 jam sahaja. Pasal asalnya, bangunan hospital ini sudah siap dibina dan dirancang untuk dibuka padal awal bulan Mei.
Namun, atas arahan pihak atasan bangunan tersebut digunakan untuk merawat pesakit coronavirus sahaja. 500 tenaga pekerja dan jentera-jentera telah dikerah untuk bekerja.
Hospital ini terletak di daeraah Huangzhou dan ia juga telah mengumpulkan sebilangan pesakit di situ.
Bukan pertama kali
Sebenarnya kalau korang nak tahu, usaha seperti ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh kerajaan China.
Ini kerana pada sekitar tahun 2003, penularan wabak SARS juga telah menyebabkan Hospital Xiaotangshan hanya mengambil masa tujuh hari sahaja untuk dibina pada ketika itu.
Sumber: Daily Mail