Jika sebut sahaja Ustaz Ebit Lew, pasti ramai yang mengenali beliau, seorang pendakwah bebas yang terkenal dengan peribadi suka bersedekah dan membantu masyarakat di dalam kesusahan.
Terbaru, beliau telah menziarahi pemandu teksi yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di lapangan terbang KLIA, pagi tadi.
Sayu, pendapatan sangat sikit
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Ebit telah berkongsi beberapa foto ketika bertemu dengan pemandu-pemandu teksi.
Suasana sayu menyelubungi apabila Ebit bertanyakan tentang pendapatan mereka yang tidak menentu sejak wabak pandemik itu melanda negara ini.
Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis.
Berapa gaji abang seminggu ini. Rm80 ustaz. Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat Rm400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada.
Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. 7 bulan dah.
Beri bantuan barangan dapur
Ustaz Ebit telah memberikan sedikit bantuan barangan dapur kepada 300 orang.
Abang dan kakak ni menangis kata. Ustaz, terima kaseh datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami. Semua cakap sikit menangis. Ya Allah..sedihnya suasana macam ni.
Tidur dalam kereta tunggu pelanggan
Malah ada berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan memang sukar untuk menerima pelanggan, namun demi mencari sesuap nasi mereka sanggup menunggu semalaman.
Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan. Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah…
Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak. Begitulah ayah-ayah ni. Disebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi.
Mohon bantu ikut kemampuan
Dalam masa yang sama, pendakwah ini juga sempat menasihati kita semua yang berkemampuan untuk bantu dan tengok-tengok orang disekeliling kita yang terputus sumber pendapatannya bagi membantu.
Buat sahabatku semua jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan ye. Bantu ikut kemampuan.
Semoga masih ada lorong rezeki buat kita semua dan mereka yang terjejas teruk dengan keadaan pandemik Covid-19 ini bagi meneruskan kehidupan menyara ahli keluarga.