fbpx

Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh rakyat ketika pandemik COVID-19 melanda dunia adalah kehilangan pekerjaan.

Fenomena hilang pekerjaan ni dah berlaku di seluruh dunia termasuklah Malaysia, ramai yang terkesan.

Beratur panjang mohon kerja

Sejak 2hari ni telah tular satu video berkenaan orang ramai beratur panjang dari pagi hari lagi sehingga menjelang petang di hadapan IKM Manjung.

Mana tidaknya, mereka semua yang berbaju formal telah beratur dibawah terik matahari bagi menghadiri temuduga untuk jawatan dalam syarikat KTM (Keretapi Tanah Melayu).

Menurut warganet, mereka yang hadir ke temuduga terbuka itu adalah untuk memohon jawatan pembantu teknik dan juru teknik serta mekanik bagi mengisi kekosongan yang ada demi kelangsungan hidup.

[fbcomments]