Antara kawasan lepak dan “healing” yang menjadi kegemaran ramai ialah kawasan pantai. Keadaan yang berangin dan pemandangan laut yang membiru sangatlah menenangkan. Tetapi, jika kawasan pantai itu kotor dan dipenuhi sampah, macamana nak tenang?
Begitulah yang berlaku di Pantai Bisikan Bayu di Pasir Putih, Kelantan. Di satu sudut anda dapat lihat laut yang kebiruan, di satu belah lagi anda lihat sampah yang bertaburan. Perkongsian video di laman TikTok oleh seorang pengacara, Hunny Madu telah menunjukkan realiti yang berlaku di pantai tersebut.
Sampah sarap bersepah di sepanjang jalan
Dalam video tersebut, Hunny telah merakam kawasan lapang yang bertentangan dengan Pantai Bisikan Bayu dipenuhi dengan sampah sarap. Kawasan berumput yang menghijau dipenuhi dengan sampah dan plastik yang bertaburan.
“Ini sangat memalukan terutama kepada pelancong,” kata Hunny.
Paling mengecewakan ialah di situ juga terdapat kawasan kejiranan dan perumahan penduduk tempatan. Tidakkah ini menunjukkan bahawa penduduk di situ tidak mengambil berat tentang kebersihan persekitaran mereka?
Sesuatu harus dilakukan
“Kita patut lakukan sesuatu terhdap perkara ini,” kata Hunny dalam videonya dengan nada kesal. Melihat keadaan yang terlalu kotor, Hunny tidak dapat menyembunyikan perasaan kesalnya.
@hunnymads We were driving by Tok Bali, Bisikan Bayu Beach in Pasir Putih Kelantan, and was so shocked to see so much rubbish everywhere right opposite the ocean! Can someone help explain why this is happening? Apparently it has been like this for quite some time. Sedihhhhh. Ps: We thought of stopping by to get ice cream here for the kids but after seeing this disaster, our moods changed and we left.
♬ original sound – Hunny Madu
Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya tentang keadaan ini.
Sumber: TikTok @hunnymads