“Saya hairan kenapa anak boleh mengeluarkan kenyataan isteri tak membenarkannya bertemu saya?”

Demikian pengakuan pelakon, Aman Graseka, 53, yang menafikan isteri baruny, Reena berusia 31 tahun itu kononnya telah menghalang dia untuk bertemu dengan anak kandungnya sendiri, Nurdayini Ashiqah, 22, sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Nurdayini yang juga anak menerusi perkahwinan bersama penyanyi dangdut, Mas Idayu meluahkan kekesalan terhadap Reena yang difahamkan menghalangnya untuk bertemu Aman.

View this post on Instagram

Firstly, this is my father❤️☺️ Maybe ada yang tak tahu dia sangat sebab saya jarang post dan dia tak suka sangat ambik gambar. But this one is my fav photo because we had a date! (throwback) 😅 and i know gambar ni biasa dan tak ada apa yang special korang dapat tengok tapi memory waktu ni sangat2 buat saya happy. Memorable! i cant explain or showed how much i want to get back to this time. i just wanna say that i really miss you papa…. dayini tau , kalau dayini wish atau buat apa pun papa takkan dapat. dayini rindu waktu dayini dengan papa. Everything…. maybe ini yang pertama dan terakhir dayini wish atau post. Papa…. ☺️😞 Selamat Hari Jadi papa…. 🤍❤️🍰🎂🎉🎊 semoga panjang umur dan murah rezeki. sihat selalu… dayini tak tahu nak wish macam mana lagi sebab dayini tak pandai sangat buat wish cam ni hehe. cuma dayini harap papa sentiasa sayang dayini dan ingat dayini selalu. you know how much i love you and i know how much you loved me. but maybe life sekarang dah lain2. kenapa dayini tulis macam ni sebab dayini tahu, i dont have chance to see or talk to you or even… 😞hmmm. Apa yang dayini nak semoga papa faham maksud dayini dan dapat atau tak tu belakang cerita. dayini tak mengharapkan papa dapat apa yang dayini post atau tulis ni. tapi dayini tau apa pun yang dayini tulis ni akan ada orang membaca dan share. dayini tak sure papa akan dapat terus. tapi dayini yakin one day papa akan dapat dan tahu jugak. (background lagu sedih sikit sambil type ni) hehe. Till this time and this year idk but suddenly i feel like i wanna do this. I have to! semoga insyaAllah papa dipanjangkan umur dan sihat dan one day papa dapat apa yang dayini cuba nak sampaikan atau tulis. i believe they will help me. Terus direct jumpa or whatever. i know they will. yang dikenali atau tak… ☺️ and Allah will help me too! Again, Happy birthday papa…. 😁 i love you and i miss you so much. Hope you know that. i'll never forget you. never. melainkan ada yang ingin melagakan atau melupakan kita 🙂 May god bless you. semoga dilindungi oleh Allah dan dibantu olehNYA. amin…. ❤️ i wish i can see you again…. 28/02/2020 will always be in my mind…always😊

A post shared by DannyShah (@d4nny.shah) on

Menerusi entri Instagram, Nurdayini dan Reena dilihat ‘berperang’ mulut dan berbalas komen sekitar Mac lalu.

Bagaimanapun, aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Seri Angkasa pada 1999 itu menafikan isteri baharu menjadi penghalang hubungannya dengan anak.

Ini semua tak betul. Saya ada menghubungi Nurdayini pada Ramadan lalu, tetapi dia tidak menjawab panggilan, mesej pun tidak dibalas.

Reena tak pernah halang, malah sering bertanya dan mengingatkan saya untuk menghubungi anak.

Nurdayini tak boleh terima hakikat saya sudah kahwin lain. Sekarang, dia sudah mempunyai adik apabila isteri melahirkan anak lelaki.

Saya tak mahu orang ramai memandang serong pada isteri. Disebabkan itu, saya mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama Reena. Semua yang ditulis Nurdayini tidak betul dalam entri IG. Dia sengaja mahu memburukkan ibu tirinya.

Jelas pelakon ini lagi, sepatutnya anaknya itu kena hormat ibu tiri seperti ibu kandung dan tak boleh kurang ajar.

Saya tidak pernah membelakangkan anak, malah saya sudah meminta kebenaran sebelum bernikah bersama Reena.

Aman turut berharap pengikut laman sosial tidak mempunyai persepsi negatif terhadap isterinya.

[fbcomments]