Pelakon Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam atau lebih dikenali sebagai Ramona Zamzam menafikan dakwaan segelintir netizen yang berandaian dia lupa asal usul sebagai orang Melayu.

Ramona mengakui anak sulungnya, Ivanna Alashkar tidak diajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, menurut Ramona, tindakannya itu hanya buat sementara waktu iaitu sehingga Ivanna petah bercakap.

Nak cakap saya dah lupa asal usul tu memang tak la. Dekat set penggambaran saya elok ja cakap dalam Bahasa Melayu dengan krew.

Itu hanya tanggapan orang sahaja nak cakap saya dah lupa diri. Bila fikirkan pasal ini sangat menyakitkan hati dengan posisi saya sekarang. 

Ada cara tersendiri

Jelas Ramona lagi, setiap ibu bapa ada caranya tersendiri nak didik anak. Tak perlu nak jadi isu.

Semua orang ada cara tersendiri untuk membesarkan anak mereka. Secara jujurnya, saya pun tak tahu apa cara terbaik tetapi saya dah cuba lakukan.

Tak dinafikan beliau sebenarnya kesal dengan sikap netizen yang tidak menghormati keputusan tersebut.

Saya ni manusia biasa, kadang-kadang tak boleh nak abaikan komen negatif.

[fbcomments]