Melahirkan zuriat bukan satu perkara yang mudah malah menyakitkan namun itulah kehebatan dan pengorbanan seorang ibu dan juga isteri.
Cahaya mata ke 22
Baru-baru ini, seorang wanita berusia 45 tahun dianggap ‘Supermum’ kerana telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-22 walaupun dalam keadaan negaranya dijangkiti Covid-19.

Sue Radford menyatakan kebimbangannya apabila dia harus melahirkan bayi ketika jangkitan wabak tersebut sedang merebak di United Kingdom.
“Saya berasa takut untuk pergi ke hospital dengan keadaan yang sangat membimbangkan. Saya risau jika Noel tidak dibenarkan untuk tinggal bersama saya.

“Kami sedang berkurung di rumah dan tidak patut meninggalkannya hanya untuk pergi ke hospital tetapi apabila saya sampai, saya rasa selamat berada di situ.
Ia merupakan kelahiran pelik tetapi bagi saya, ia adalah pengalaman terbaik yang pernah saya alami. Kami tidak boleh mendaftar nama bayi kami kerana kes jangkitan Covid-19,” ujarnya
