fbpx

Seorang wanita cedera di dahi dan kedua-dua tangannya selepas ditetak dengan parang oleh suaminya.

Tegur suami tak kerja

Difahamkan ianya berpunca daripada si isteri menegur suspek (suami) kerana tidak pergi kerja. Kejadian berlaku di bilik sewa mereka di Kampung Sinulihan, Inanam, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian jam 10.28 malam itu, mangsa berusia 31 tahun dikatakan menegur suaminya kerana tidak pergi kerja selama empat hari dan melarang suspek daripada terus terjebak dari pengambilan dadah syabu.

Tidak puas hati lalu menetak isteri

Berikutan itu, suspek tidak puas hati dan menuduh mangsa memberitahu hal berkenaan kepada jiran lalu berlaku pertengkaran sebelum menetak isterinya dengan parang.

Walau bagaimanapun, mangsa (isteri) cuba menahan tetakan suaminya dengan tangan menyebabkan kecederaan

“Suspek kemudian melibas parang lagi ke arah mangsa dan terkena pada bahagian dahinya.

“Kejadian itu disedari oleh jiran mereka dan meleraikan pergaduhan itu sebelum menghubungi pihak polis.”

Habibi berkata, sepasukan polis yang tiba sebaik menerima maklumat menahan suspek dan merampas parang daripadanya.

Positif dadah

“Mangsa yang luka dan berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut. Mangsa menerima beberapa jahitan di tangan kanan dan kiri.

Suspek berusia 37 tahun yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu.

[fbcomments]