Baru-baru ini kejadian tentang seorang lelaki yang disangka hilang selepas membuat urusan penjualan telefon bimbit tular sehinggakan meraih perhatian media di seluruh tempat. Namun apabila disiasat dengan lebih mendalam selepas lelaki terbabit telah pulang kerumah dalam keadaan selamat pada Ahad, polis mendapati bahawa beliau sebenarnya menyembunyikan diri daripada pemungut hutang, dan bukanlah hilang seperti yang didakwa.

Larikan Diri Dari Pemungut Hutang

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan lelaki tersebut yang mesra dipanggil sebagai Daniel telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu memberi keterangan.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya. Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang”, jelas beliau ketika dihubungi.

Pada Ahad semalam difahamkan pihak polis telah meminta Daniel untuk tampil memberi keterangan demi membantu siasatan lanjut. Hussein dimaklumkan bahawa polis gagal menghubungi atau mengesan keberadaan mangsa dan juga tunangnya buat masa ini. Kini, polis sedang giat berusaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar dengan lebih mendalam dan terperinci.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]