Impian menunaikan haji dengan cara unik mendorong dua lelaki memulakan perjalanan berjalan kaki sejauh hampir 10,000 kilometer dari Perak ke Mekah.
Misi luar biasa ini dimulakan oleh Bukhariellia dan rakannya, Azizul, yang berangkat dari Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, pada 1 Disember 2024.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSjtJmGNf/
https://vt.tiktok.com/ZSjtJDsNU/
Sudah Mulakan Misi Untuk Bergerak Ke Mekkah
Menerusi hantaran di akaun TikTok milik Bukhariellia, dia berkongsi detik-detik perjalanan mereka termasuk destinasi yang dirancang. Pada hari kedua, mereka dijangka tiba di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, selepas menempuh jarak sekitar 31 kilometer dari Parit Buntar.
Perjalanan ini akan diteruskan hingga ke Tanah Suci bagi merealisasikan impian menunaikan rukun Islam kelima pada musim haji tahun 2025.
Pengembaraan ini mendapat perhatian ramai di media sosial. Netizen tidak hanya kagum dengan keberanian mereka, malah turut mendoakan agar misi itu dipermudahkan dan mereka selamat tiba di Mekah. m
Untuk makluman, perjalanan ke Mekah melalui jalan darat bukanlah sesuatu yang mustahil. Walaupun jarak antara Malaysia dan Tanah Suci mencecah hampir 10,000 kilometer, sejarah membuktikan bahawa usaha ini boleh dicapai tanpa menggunakan pesawat. Laluan darat yang menghubungkan kedua-dua lokasi telah digunakan oleh ramai pengembara sebelum ini.
Kredit: TikTok qoryellia