Pelakon dan pengacara Elly Mazlein dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memberikan ciuman terakhir kepada adik Alisa Umairah yang disahkan meninggal dunia pada malam Rabu semalam.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DCVVn7xywxk/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Adik Alisa Meninggal Dunia, Elly Mazlein Tak Dapat Tahan Sebak
Dalam hantaran di Instagram yang dikongsikan oleh stesen radio Era, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dilihat mencium wajah Alisa yang telah siap dikafankan.
“Wajah arwah adik Alisa cantik, adik Alisa dah sihat dan berlari kat taman syurga.
“Berehat ya adik Alisa, kami rakyat Malaysia sentiasa doakan awak! Mama Lina sayang awak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Adik Alisa Umairah Nur Hisham, yang sebelum ini menghidap kanser mata tahap empat, telah menjalani tujuh sesi kemoterapi.
![]()
Kisah perjuangannya mula menarik perhatian ramai apabila bapanya, Nur Hisham Abd Hamid, berkongsi pengalaman mereka di media sosial termasuk kebiasaan Alisa yang sering duduk di dalam peti ais bagi menyejukkan badan akibat kesan rawatan kimoterapi.
Kisah Alisa mendapat liputan meluas selepas beliau tampil dalam satu sesi siaran langsung bersama pempengaruh terkenal, Acap Jaafar, di mana ketabahan Alisa menghadapi ujian hidupnya menyentuh hati rakyat Malaysia.
Alisa disahkan menghidap kanser mata ketika usianya baru satu tahun.
Kredit: Instagram era.je