Musim kemarau yang melanda negeri utara tanah air kini telah menyebabkan empangan berdekatan Mong Gajah di Padang Terap, Kedah kekeringan.
Musibah tersebut membuatkan penduduk mengambil keputusan untuk mengadakan solat Istisqa’ (solat minta diturunkan hujan) bagi memenuhi semula air empangan yang semakin kering.
Menerusi laman Facebook, Abu Asim Aysarfathi Almemali berbesar hati dengan kehadiran ulama Kedah iaitu Tuan Guru Dato’ Pak Teh Mat yang turut serta menunaikan solat di bawah panas terik matahari.
“Mungkin kita hanya menggunakan air yang keluar dari saluran paip dirumah kita, tahukah anda dimana sumber air itu datang?
Kalau empangan pun kering maka sungai pun turut mengalami kesannya. Marilah kita sama-sama berdoa’ kepada Allah SWT semoga masalah ini segera selesai.”
Namun sebelum tiba di dasar empangan, para jemaah terpaksa melalui laluan berlubang dan beralun sejauh lebih kurang tiga kilometer dari jalan utama.
“Dataran yang luas terbentang yang dahulunya dipenuhi air. Siapa sangka sekarang sudah kering dan tapak perkampungan lama dan tanah perkuburan muncul semula.”
BACA : Kubur Bawah Tasik: Empangan Kering, Kubur Lama Usia Lebih 100 Tahun Muncul Semula Di Kedah