fbpx

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lepas.

Majistret menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid Kamil, 39, bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya sebelum ini bagi kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

Nor Ariffin menjatuhkan hukuman terhadap pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu selepas mendapati  pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

[fbcomments]