Memang payah jadi public figure ni, ke mana-mana sahaja pasti ada yang mengenali mereka. Itulah harga yang perlu dibayar sekiranya menempa nama dalam bidang seni.

Sebagai selebriti memang menjadi salah satu skop kerja tak rasmi adalah melayani peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap hasil kerja mereka.

Dan itu bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Selain menjaga hati perminat, mereka juga perlu menjaga penampilan setiap masa. Dalam masa yang sama perlu memberi perhatian kepada keluarga.

Namun terbaru ni, Fasha Sandha telah dilabelkan sebagai sombong dan berlagak kerana dia telah menolak permintaan peminatnya untuk berselfie.

Diatas kenyataan tersebut, Fasha telah tampil memberikan penjelasan yang cukup padu.

Fokus utama pada keluarga

Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak-anak, BUKAN UNDI ANUGERAH.

Sombong demi keselamatan diri dan anak-anak

Menurut Fasha Sandha lagi, dia memang akan berubah menjadi sombong bila berhadapan dengan soal keselamatan diri dan anak-anak.

YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI, DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK-ANAK. PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA, SILA HADAM JAWAPAN SAYA. Jangan GANGGU SAYA KETIKA

1. Ketika saya bersama dengan anak-anak saya, anak-anak buah saya, dan dengan anak-anak sahabat-sahabat saya, kerana TANGGUNGJAWAB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG!
2. Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan, sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut
3. Di kaunter tiket atau access mana-mana tempat sesak dengan anak-anak
4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA.
Ingat ya, SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU.

Awak telah fitnah saya

Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA.

Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak-anak saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak-anak saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA

Jadilah peminat yang bijak

ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI. Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU-RIBU dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA. MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL-VIRAL burukkan ARTIS. Hina muka saya, hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar.

Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK

Fuhh paduu jawapan Fasha Sandha!

Sumber : Instagram Fasha Sandha

[fbcomments]