Dua petugas ‘frontliner’ beragama Islam dan Yahudi di Israel melakukan ibadah mengikut ajaran masing-masing ketika waktu rehat.
Menerusi laporan Daily Mail, Zoher Abu Jama dan Avraham Mintz baru selesai menguruskan pesakit Covid-19 yang mengalami masalah pernafasan di bandar Israel, selatan Beersheba.
Gambar dua lelaki itu dirakam rakan petugas sehingga tular di media sosial yang memaparkan Jama duduk antara dua sujud menghadap Kaabah manakala Mintz pula berdiri menghadap Jerusalem (Baitulmaqdis).
Mintz merupakan petugas perubatan kecemasan negara (MDA) sepenuh masa yang melatih sukarelawan. Manakala Jama pula merupakan salah seorang sukarelawan yang dilatih oleh Mintz.