Nampaknya isu berkaitan Fynn Jamal dan kenyataan beraninya berhubung isu rogol dan penampilan wanita belum ada surutnya.
Isu tersebut masih lagi dibahas di ruangan Instagram penyanyi tersebut sehingga mendapat respon yang pelbagai daripada pihak-pihak tertentu.
Wardina vs Fynn Jamal
Semalam, video live IG pemilik lagu Arjuna Beta itu mengulas isu semasa sekali lagi tular apabila kenyataannya sebelum ini disanggah oleh seorang pelakon wanita, Wardina Safiyyah yang memberikan jawapan ‘padu’ kepada Fynn.
Video tersebut tular dan telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna Twitter sehingga mendapat perhatian warganet.
Dalam video tersebut, Wardina Safiyyah menempelak Fynn Jamal berikutan kenyataan yang agak mengelirukan kepada orang lain sehingga Fynn Jamal terdiam.
Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah.
Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam. Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini.
Perlu minta maaf
Wardina turut meminta agar Fynn Jamal melakukan permohonan maaf atas kekeliruan yang dibuat sebelum ini sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif berkaitan Islam itu sendiri.
Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol.
Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu antaranya faktor psikologikal.