fbpx

Baru-baru ini tular beberapa klip video pendek menyaksikan pergaduhan besar antara dua kumpulan mat rempit yang berlaku di Dataran Merdeka melibatkan anak muda, dipercayai akibat salah faham antara dua kumpulan.

filem apa ni

Ni lah kejadian di Dataran Merdeka masa malam minggu tu

Posted by Bawang Rangers on Ahad, 23 Ogos 2020

Polis kemudiannya memaklumkan kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata di tempat awam.

12 individu di tahan

Pada Isnin lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan pihaknya telah menahan 12 individu.

Jelas beliau punca sebenar pergaduhan adalah perselisihan faham  akibat adik perempuan kepada rakan mengikut kumpulan bermotosikal berbeza.

Tidak puas hati adik rakan ikut kumpulan motorsikal

Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku apabila seorang daripada suspek berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kerana adik (perempuan) kepada rakannya mengikut kumpulan bermotosikal itu.

Susulan itu, kami bertindak menahan 12 individu berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Ini sekaligus menjawab tanda tanya dan spekulasi orang ramai yang merasakan kes berkenaan sebenarnya bukan hanya salah faham biasa sebaliknya membabitkan kongsi gelap dan gangsterisme.

[fbcomments]