Isu orang Islam sambut Hari Krismas bukan lagi perkara asing setiap kali tibanya sambutan perayaan utama masyarakat beragama Kristian itu.
Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah mengundang kemarahan peminat yang tidak gembira melihat bintang Muslim itu berkongsi gambar ucapan Hari Natal bersama keluarganya. Apa lagi pasangan selebriti Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Awal dan Scha sambut Krismas
Semasa Krismas, Awal ada berkongsi gambar dia dan keluarganya meraikan sambutan Hari Krismas menerusi Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, Awal yang memakai topi Santa Claus bergambar bersama isteri dan anak perempuan mereka Lara Alana berlatar belakang pokok hiasan Krismas.
Kurang senang dengan perkongsian berkenaan, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Awal dan Scha itu.
Mereka pun tak automatik jadi Islam
Apabila dia teruk di kecam, akhirnya Awal bersuara dengan memberitahu mereka cuma memenuhi jemputan keluarga rakan sekolah anaknya yang menyambut Krismas.
Sebagai seorang rakan, ketika ada sesuatu perayaan, mesti kita akan dijemput dan kita juga ingin menziarah. Tuan rumah tetapkan etika pakaian, kita ikut untuk hormat permintaan mereka.
Sama macam hari raya. Kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya ke rumah kita memakai baju Melayu, kebaya dan ada yang memakai jubah.
Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tidak tidur pada malam itu.
Tambah pengacara Melodi itu lagi, orang bukan beragama Islam sangat menghormati agama Islam dengan menyediakan makanan yang dibeli di restoran halal.
Mereka tidak minum pun depan kita sebab hormat. Bila mahu bergambar, mereka akan cari tempat yang cantik, contohnya di dinding yang kita gantung kad raya, ketupat plastik dan lampu kelip-kelip.
Mereka muat naik dalam Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih kerana dijemput. Bila mereka pulang, mereka masih dalam agama asal mereka iaitu Buddha, Hindu mahupun Kristian. Mereka tidak automatik jadi Islam.
Cuba putarkan situasi tersebut dan anda akan dapat jawapannya.
Kena beza hormat dalam perhubungan dan agama
Walau bagaimanapun, perkongsian Awal itu telah mendapat perhatian seorang pendakwah bebas Ustaz Alfauzan.
Kata Fauzan, dakwah dan kebenaran tentang aqidah serta tauhid perlu diperkasakan dalam kalangan masyarakat.