Sejak pelaksanaan PKPB diumum kerajaan, ramai yang menghela nafas lega kerana setelah sekian lama terperap dirumah, kini orang ramai sudah dibenarkan untuk menjalani kehidupan rutin di luar rumah.

Bagi mereka yang memasuki permis perniagaan pula telah diarahkan supaya semua pelanggan perlu meninggalkan nama dan no telefon supaya pengesanan dapat dilakukan jika terdapat keperluan untuk saringan dimasa akan datang.

Namun begitu lain pula ceritanya apabila seorang wanita yang meninggalkan maklumat peribadinya di sebuah pasaraya NSK, telah diganggu oleh warga asing.

Kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb bernama Nurhas Nsz itu pada mulanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila meninggalkan no telefon:

Assalamualaikum salam ramadhan😊Aku update ni kerana untuk mengingatkan wanita2 diluar sana..Aku diganggu oleh warga…

Posted by Nurhas Nhz on Isnin, 18 Mei 2020

Suami pergi tengok rakaman CCTV

Suami dan beberapa orang (kwn suami dan org NSK) tgk rakaman itu, okay mmg bukan staff nsk dan aku minta maaf kerana buat report mengatakan staff nsk yelaa sbb masa nk tulis nama tu pekerja nepal berpakaian nsk 2 3 org dkt situ..so suami mengatakan ada 2 orang warga asing (tak nampak sgt muka sbb pakai mask) sedang memerhatikan aku dan cuba berjalan tepi aku tapi dia patah balik semula pergi ke meja buku yg isi nama n no hp dan keluarkan hp dia utk amik no aku!

Dan masa dia start call pada jam 5.39pm (aku tak jwb sbb tak dgr) masa tu dia berhampiran dgn aku! dan 5.40pm aku jwb panggilan itu pun dia masih berhampiran dgn aku! dia ikut kemana aku pergi (dalam nsk)..

Warga asing ni memang jenis tak takut org ke? sbb dia dh nampak aku berdua dgn suami memilih barang tapi masih ikut aku..dan dia tidak membeli apa2 barang (tgk melalui rakaman cctv) cuma hanya ikut dan perhatikan aku..sampai aku keluar nsk tu pun dia masih ikut! Allahu nasib baik suami aku ikut pergi jugak kalau suami aku tak ikut tak tahu apa akan jadi dan kebetulan kereta takde parking dan kami dapat parking dkt hujung2..kalau aku sorg masa tu aku tak dapat bayang apa akan jadi!!

Kepada semua wanita,tolong berhati hati..ajak la suami atau sesiapa utk teman kita jgn keluar sorang2..tolong!

[fbcomments]