fbpx

Siapa sangka disebalik kepayahan menghadapi pandemik COVID-19 ini, ada sesuatu hikmah yang lebih baik berlaku untuk kisah gelandangan ini dimana seorang gelandangan yang muncul di dalam berita di stesen televisyen TV3 berjaya disatukan semula dengan keluarganya yang terpisah sejak 20 tahun lalu.

Untuk makluman, kerajaan kini menyediakan penempatan khas buat gelandangan di beberapa buah pusat komuniti supaya bantuan kepada mereka lebih mudah untuk disalurkan selain keselamatan yang lebih terjamin.

Kisah jejak kasih gelandangan ini bermula apabila gelandangan tersebut muncul di dalam Buletin Utama ketika diwawancara mengenai nasib gelandangan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Menerusi paparan berita itu, keluarga gelandangan tersebut yang menonton menemui semula ahli keluarga mereka yang terpisah.

Keluarga tersebut kemudian memulakan pencarian dengan menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga mereka itu.

Mereka akhirnya berjaya menghubungi gelandangan tersebut di atas bantuan beberapa pihak. Turut dimaklumkan, gelandangan tersebut akan pulang semula ke kampung yang terletak di Johor selepas tamat PKP ini.

[fbcomments]