fbpx

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris telah berkongsi hadis yang menjelaskan tentang pemakaian sutera oleh kaum lelaki.

Amin Idris menerusi muat naik di Instagramnya semalam menyentuh mengenai perkara tersebut selepas tular mengenai tali leher keluaran jenamana Duck yang dikatakan diperbuat menggunakan 100% sutera.

View this post on Instagram

Baru nak beli tie ni… serius smart. Sekali dapat tau 100% sutera. Adoooooiii frustnyaaa. Mungkin @theduckgroup perlu lebih sensitif bab hukum sebab lelaki memang DIHARAMKAN pakai sutera . Daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA: . إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي . Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki. (Riwayat Ahmad) . Dalam hadis lain, nabi bersabda: . أُحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها “Dihalalkan emas dan sutra bagi wanita dari kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya” (Riwayat An Nasa’i) . Malah lelaki bukan hanya dilarang menggunakan sutera, lelaki juga dilarang sengaja duduk di atas sutera. Dari Hudzaifah RA beliau berkata: . نَهَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَأَنْ نَجْلِسَ عَلَيْهِ . “Nabi SAW melarang kami memakai pakaian sutera dan dibaj (sutra yang bergambar), dan melarang kami duduk di atasnya” (Riwayat Bukhari). . Kesemua hadis larangan adalah haram pada teks & konteks dalil… Huhu… mohon tolong produce yang non-sutera 😥 Confirm Bro Amin nak!

A post shared by Amin Idris (@amin_idris) on

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Amin Idris turut berkongsi beberapa potong hadis yang menyatakan larangan penggunaan sutera oleh kaum lelaki.

Walau bagaimanapun, kini jenama tudung itu telah menarik balik penjualan tali leher edisi hari bapa hasil kolaborasi bersama Marvel setelah menerima kecaman wargamaya.

Koleksi tali leher yang diperbuat daripada sutera itu menerima kritikan kerana lelaki Islam diharamkan daripada memakai material tersebut.

[fbcomments]