KIni rata-rata masyarakat di Indonesia tertanya-tanya apakah agama yang dianuti oleh mendiang Glenn Fredly. Isu ini menjadi perdebatan lagi-lagi isterinya dikhabarkan masih menganut agama Islam.
Agama ‘kemanusiaan’
Menurut laporan dari Suara.com, bekas Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin mendedahkan bahawa mendiang Glenn Fredly menganut agama ‘kemanusiaan’ . Pelik kan bunyinya?
“Saya bersyukur kerana ramai yang bersetuju dengan kenyataan saya.
Bagi mereka yang tidak mengerti, bersyukur saja kepada Tuhan, “tulis Lukman Hakim.
Lukman Hakim berkata, kemanusiaan yang menjadi semangat Glenn Fredly dalam muzik dan aktiviti.
“Karena kemanusiaanlah yang selama ini menjadi spiritnya,” tulis Lukman di Suara.com
Tambah beliau, Glen Fredly bukan sahaja pemuzik yang boleh dipercayai, tetapi juga aktiviti kemanusiaan yang gigih. Glenn Fredly adalah pendamping dan sahabat kaum marjinal ( Masyarakat kecil atau kaum yang terpinggirkan).
Untuk pengetahuan, Lukman Hakim adalah salah seorang tokoh yang kenal rapat dengan mendiang Glenn Fredly.