Pelik Awang masih wujud lagi spesis manusia yang suka overclaim dengan cara menunggang agama untuk melariskan produknya. Zaman dah maju, tahun 2020 ni bang.
Mampu atasi masalah lambat jodoh
Harga RM 85 – RM 135, boleh mengatasi masalah lambat jodoh
Daripada perkongsian Facebook Sultan Melaka, ada pengusaha produk yang sama spesis jual produk timbang kilo ni jual hand sanitizer, peniaga tersebut mendakwa yang kononnya produk mereka itu mampu mencegah Covid-19.
Cegah makhluk halus
Apa yang menariknya lagi, ownernya turut mendakwa produk hand sanitizer tu mampu mencegah makhluk halus, masalah sendi dan tulang.
Siap katakan boleh dibuat urut lagi, lebih teruk lagi peniaga itu menjelaskan boleh membantu dalam merawat masalah lambat jodoh, hanya kerana hand sanitizer itu dibaca dengan ayat ruqyah, 1000 dinar dan zikir.
Golongan ambil kesempatan?
Di saat pengeluaran produk itu lebih terhad, tak perlu lah cuba-cuba menipu orang lain dengan melariskan produk dan mark up harga yang tinggi sangat sehingga mencecah RM135 untuk sebotol! Agak-agaklah kan.